Saturday, August 20, 2011

MALAM LAILATUL QADAR


PhotobucketPhotobucket

Bila Malam Lailatul Qadar 2011? 

Salam 19 Ramadhan.
Memandangkan keyword ‘malam lailatul qadar’ sudah memenuhi, memandangkan juga malam 10 terakhir Ramadhan bakal menjelma tak lama lagi, sobsob *sedih betul, rasa Ramadhan ni laju sangat berjalan!* saya nak berkongsi lagi pada anda semua mengenaiMalam Lailatul Qadar.
Eh sepatutnyakan, kita sebut Malam al-Qadar atau Lailatul Qadar je tau, sebab perkataan ‘malam‘ apabila diterjemahkan ke dalam bahasa Arab, ia membawa maksud ‘al-lail‘ eceh mengajar Bahasa Arab la pulak. Hehehe takpe sekali sekala. Bahasa Arab kan bahasa syurga.
Sebenarnya takde apa yang saya nak cakap sebenarnya, sebab korang semua boleh baca entri Bila Malam Lailatul Qadar 2010 tahun lepas punya – kisah pengalaman sebenar one of my teacher. Ada la sedikit sebanyak saya terangkan mengenai tanda-tanda malam 1001 rahmat ini.

Waktu Sebenar Malam Lailatul QadarAda satu dua perkara yang terkesan di hati saya untuk berkongsi dengan anda semua tentang mitos-mitos yang seringkali kita dengar di kalangan orang Melayu. Saya rasa anda mesti pernah dengar atau pernah baca tentang hal ini.

  1. Kalau puasa dimulai pada hari Ahad atau Rabu. Maka lailatul-Qadr jatuh pada malam 29 Ramadhan.
  2. Kalau puasa dimulai pada hari Isnin. Maka lailatul-Qadr jatuh pada malam 21 Ramadhan.
  3. Kalau puasa dimulai pada hari Selasa atau Jumaat. Maka lailatul-Qadr jatuh pada malam 27 Ramadhan.
  4. Kalau puasa dimulai pada hari Khamis. Maka lailatul-Qadr jatuh pada malam 25 Ramadhan.
  5. Kalau puasa dimulai pada hari Sabtu. Maka lailatul-Qadr jatuh pada malam 23 Ramadhan.
Hal ini diteliti sendiri oleh Imam Ghazali [rujukan : SURAUKINI] Bagi saya kita boleh jadikan pernyataan ini sebagai petanda tapi apa salahnya kalau kita betul-betul beribadah, rajin beriktikaf, selalu qiamullail, sering membaca al-Quran pada setiap malam di 10 malam terakhir tu kan.
Yelah, mana tau kan. Dok set hari tu, contohnya malam Ahad, punya la bersungguh buat ibadah malam tu JE, sekali takde. Tak ke sedih? Memang hampeh. Nak ibadah, tajdid (baca : perbaharui) niat tu, memang niat kita nak jumpa malam Lailatul Qadar, tapi setakat satu malam je buat amal, huhu . . . . . (anda fikir sendiri)
Mitos Masyarakat Melayu Mengenai Lailatul Qadar
2 kali saya terdengar pasal benda ni. Satu di masjid, satu di internet [rujukan : sini] bila difikir semula ada betulnya. Orang Melayu selalu cakap, kalau malam tu mesti air sungai berhenti mengalir, pokok sujud, air semua menjadi batu. Anda percaya?
Saya ada satu kisah ;
Pak Ali seorang yang rajin beribadah tetapi sekali pun dia tidak pernah berjumpa dengan malam al-Qadr itu. Mesti la dia teringin nak bertemu dengan malam tu kan.
Sehinggalah suatu hari datang seorang rakan membawa sepasu pohon renek yang diletakkan di dalam rumah, bertujuan untuk mengetahui bila malam al-Qadr itu sebenarnya memandangkan semua orang cakap pokok akan tunduk pada malam itu.
Dan pada setiap malam di 10 malam terakhir Ramadhan, Pak Ali asyik memperhatikan pasu pokok itu sampaikan ibadah yang dia buat tak khusyuk macam selalu. Dia juga sanggup tak tidur setiap malam demi nak tengok pokok tu sujud ke tak.
Dan akhirnya sampai ke malam 1 Syawal, pokok tu tak sujud-sujud jugak.
Apa yang saya percaya, malam Lailatul Qadar ni, kita akan rasa tenang sangat, rasa tenang yang tak pernah kita rasa sebelum ni. Kalau boleh asyik rasa nak tersenyum je. Yelah malam baik, hati pun semua jadi baik je la kann.  (mengikut apa yang saya dengar dalam tazkirah)
Oleh itu, saya rasa kita tak perlu la nak kira bila malam seribu bulan ni jatuh pada hari apa dan tarikh bila dan keaadan yang macam mana. Cukup la dengan sekadar kita terus membuat amalan dan menambahkan ibadah serta men-topup mana-mana yang belum cukup lagi tu kan?
That’s more better, or even the BEST! Think about it :D
Menurut Abu Ka’ab katanya, “Demi Allah sesungguhnya ibn Mas’ud telah meyakinkan bahawa malam Lailatul-Qadar jatuh dalam bulan Ramadhan manakala Lailatul-Qadar pula terjatuh pada malam 27, akan tetapi dia enggan memberitahu kepada kami (malam yang tepat) kerana bimbangkan kamu tidak lagi berusaha mencarinya.”
Diriwayatkan daripada Saiyidatina Aisyah r.a bahawa Rasulullah s.a.w. apabila tiba 10 hari terakhir bulan ramadhan, Baginda menghidupkan malam-malamnya dengan membangunkan isi rumah dan menjauhi daripada isteri-isterinya. Imam Ahmad dan Muslim meriwayatkan: “Rasulullah sedaya upaya berusaha dalam malam-malam sepuluh akhir melebihi usahanya di malam-malam lain.”
[rujukan : JAIS]
 
This entry was posted in Tazkirah and tagged . Bookmark the permalink.
Nuffnang Ads

10 Responses to Bila Malam Lailatul Qadar 2011?

Monday, May 30, 2011

RENUNGILAH KEMUDIAN TERUS BERAMAL

- RENUNGILAH - KEMUDIAN TERUS BERAMAL

(1) Apabila saudara mendengar azan, maka bangunlah untuk bersolat pada waktunya walau bagaimana keadaan sekalipun.



(2) Bacalah Al-Quran, atau tatpilah buku-buku, atau pergilah mendengar perkara-perkara yang baik ataupun amalkanlah Zikrullah, dan janganlah sama sekali saudara membuang masa walau sedikit pun dalam perkara-perkara yang tidak berfaedah.



(3) Berusahalah seberapa daya upaya untuk bertutur dalam Bahasa Arab yang betul (Fusha), kerana bahasa Arab yg betul itu adalah merupakan syiar-syiar Islam.



(4) Janganlah banyak berselisih dalam apa-apa perkara sekalipun kerana perselisihan kosong itu tidak memberi sebarang apa kebaikan jua pun.



(5) Janganlah banyak ketawa, kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah itu, sentiasa tenang lagi tenteram.



(6) Jangnlah banyak bergurau kerana umat yang sedang berjuang itu tidak mengerti melainkan bersungguh-sungguh dalam setiap perkara.



(7) Janganlah saudara bercakap lebih nyaring daripada kadar yang dikhendaki oleh para pendengar, kerana percakapan yang nyaring begitu adalah suatu tabiat yang sia-sia malah menyakiti hati orang lain.

   

(8) Jauhilah daripada mengumpat-umpat peribadi orang, mengecam pertubuhan-pertubuhan lain, dan janganlah bercakap melainkan apa-apa yang boleh memberi kebajikan.



(9) Berkenal-kenalanlah dengan tiap-tiap saudara seAqidah yang saudara bertemu dengannya sekalipun ia tidak meminta saudara mengenalinya; kerana asas gerakan Dakwah kita ialah berkasih sayang dan berkenal-kenalan.



(10) Kewajipan-kewajipan kita lebih banyak daripada masa yang ada pada kita; oleh itu, bantulah saudaramu sendiri tentang cara-cara bagaimana hendak mengguna masa dgn berfaedah dan jika saudara mempunyai tugas sendiri maka segerakanlah perlaksanaannya.


OLEH  AYANG FARINA